Tips and Tutorial: Buang virus dan malware link di blog

Assalamualaikum semua, hai dah lama tak nampak, hehe. So far kite sibuk bikin blog baru, sebab keperluan untuk markah subjek Aplikasi Komputer. Tetiba je nak cakap kite-kite, konon-konon nampak comel laa? Hahah

Okay harini aku nak cebur balik bidang buat tutorial secara amatur, since dah berabad aku tak update wei, so here it is. The story begins when I was blogging (for my another blog). Once upon a time..

WARNING: SOMETHING'S NOT RIGHT HERE!
This blog contains malicious link that distribute malware perhh tersayat hati den..

Tetiba je keluar page camni kata blog aku ada malicious content padahal baru 3 bulan kot bina blog tu, aku pun dah rasa down alahaaaaaai, aku tembak jugak sapa yang buat onar ni kangg. Lepastu godek-godek codes and everything, alhamdulillah dapat jugak buang. Jom kita terus ke tutorial :)

Langkah yang paling utama dan penting ialah backup template dulu okay

1. Pertama kali haruslah tengok apa URL malware atau virus tu, contoh dalam gambar yang dibulatkan merah: fohguild [dot] org (cilakak sungguh fohguild ini)
Ingat URL ni sampai bila-bila eh.. Mari kita berdendam,
mueheh

2. Bukak Dashboard > Template > kemudian tekan CTRL+F serentak, dan taipkan URL jahat tersebut. Kalau jumpa, teruskan ke langkah 3.

Kalau tak jumpa, teruskan baca jugak nanti akan sampai step untuk yang tak jumpa link malware dalam template tu (tunggu queue jap eh)

Step seterusnya adalah a bit tricky:

3. Padam semua link tersebut. Yang tricky-nya nak padam ni ialah kena berhati-hati padam link, sebab setiap link ada code dan setiap code ni ada pembuka dan penutup nya. Kalau nak padam link, kena padam whole code (tapi ada syarat tertentu la). Contoh seperti di bawah:

saya budak comel </ a>

Itu contoh.. jadi ceritanya sekarang kena padam start dari awal < ke > dan padam juga penutup code . Buang yang bold sahaja. Dia selalunya tak bersambung sesenang macam ni, kena cari la, pastikan buang satu code <a href .. dan buang jugak satu code penutup , couple code lah kiranya.

**Jangan pulak korang buang satu code <a href tapi pi buang 2 code  memang masak ah.

So pendekkan cerita, nak padam code, kena complete padam pembuka < sampai lah penutup dia. Selalunya penutup dia berbentuk </ something something>

Kalau start <a  akan tutup dengan

Kalau start dengan <span  akan tutup dengan

Kalau start dengan <style akan tutup dengan </style>

Dan begitulah seterusnya.. Kemudian bagi yang tak jumpa link jahat dalam template:

4. Try bukak satu per satu entry.

Tapi kalau entry korang dah banyak gilos kan mesti susah nak bukak sesatu kan? So tips-nya, mula bukak ikut tahun..
Kalau lepas, boleh masuk, so maksudnya semua post tahun tersebut clean.
Lepastu masuk ikut bulan.
So skop pencarian jadi kecik, kecik, dan kecik. Cari sampai terkeluar page WARNING tu.

Masuk Dashboard > Post > cari post yang di-publish dalam bulan tu, view satu-satu sampai jumpa page WARNING yang sama kemudian edit post tersebut dan ambillah risiko untuk proceed anyway. Ya leceh, tapi nak buang malware ke tak terpulang, tepuk dada sendiri :)

Contoh kes yang macam ni, (seperti biasa, ini adalah contoh semata-mata)

[Contoh code di atas adalah code untuk gambar] Jangan padam semua, hanya boleh padam yang bold sahaja dan biarkan code yang seterusnya. Seperti biasa, agak tricky, jadi hati-hati.

Tu je kot yang dapat saya kongsi, saya tak tau banyak sangat saya cuma kongsi apa yang saya buat lah since saya dah pernah kena kan malware ni huhuhuhu. Kalau rasa susah sangat, saya boleh cuba tolong, caranya:

copy paste kan code awak yang ada link malicious tu kat notepad, pastu email ke saya: mszither @ gmail . com and bagitau apa link jahat tu. Nanti saya buatkan, saya email balik kat korang k?

Lagi satu yang saya tau ialah (based on pengalaman blogger lain), cuba buangkan widget-widget yang tak meberi pekdah dalam blog tu contoh jam kelip-kelip ke, kalendar bling-bling, gambar kartun liplap-liplap, atau apa-apa widget yang mungkin berasal dari link jahat tersebut.

Atau kemungkinan lain yang lebih menyenakkan perut ialah, mungkin malware tu datang comment yang dibuat oleh blogger lain, yang blog dia dah kena infect, so nak tak nak kena cari dan buang comment tersebut. Paling susah ialah... bila tak jumpa comment tu, terpaksa lah buang semua comment dalam entry yang ter-infect tu... Untuk keselamatan.. Huhuhu.....

Setiap perbuatan kat atas ni ada risiko nya.. Jadi berhati-hati dan sentiasa alert padam code apa, copy code apa. Selamat mencuba!

0 wishes received:

Related Posts with Thumbnails