Aku Nak Puji Orang .

Ada satu blog ni. Aku ketagih doh nak datang baca. Hari-hari. Ya hari-hari aku tak jemu datang sebab aku tau asal aku ceroboh aje blog dia mesti ada entry baru. Mesti. Kau paham tak mesti tu apa. Dia rajin gila update blog punyalah banyak idea dia nak membebel hah kau sekarang aku bawak naik nama dia sebab aku tak tahu lagi dah nak bebel apa hari ni. Semua idea aku terperuk kat kedai, bila balik kerja hampeh satu apa pung tak ingat !

Marah ni marah. Kenapa tak ada WiFi connection kat kedai? Kenapa tak nak pasang? Hah? Hah?



No caption. Kalau tidak tuan blog akan joget happy menari guling-guling.


Ayat dia bebel cara dia bebel memang original macam ayat dia walaupun dia ada kata dia tiru style Hamzah Ian (eh betul ke nama dia ni) Huda Luna Hannamaruku ke ah aku dah tak ingat sangatlah. Yang bestnya entry dia kalau bernas, bernas nak mampuih kalah beras syarikat bernas tuh! *okeh tak lawak. Kalau buat entry gampang memang gampang gila penat aku gelak tahi betulla dia ni.


Lepastu header suka tukar-tukar. Tak macam aku dah setahun guna template gini template giniiiiii la sampei ke hari ni. Adeh. Ni nak puji orang ke nak hina diri sendiri aku ni. Kemudian muka dah la ala-ala Siti Saleha, pantang haritu aku tulis entry pasal Saleha dengan dia hari-hari mesti ada keyword Siti Saleha masuk blog aku kadang-kadang sampai 20 30 visit. Gila ah.


Ehem. Sebenarnya dah nak taim aku kena siap pergi kerja nih. Rasa berat hati pun ada gak nak pergi sebab aku teringinnnnn dan ketagihhhhh sangat nak update lagi kau tahu? Agak-agak nanti masa menyapu tu duk idea tengah keluar tu aku cakap terus then record lepastu terus pos kat entry takyah taip-taip bagai kau orang nak tak dengar? Aku bebel panjang tau.


Dan aku nak namakan entry tu, "My First Slog". Nama macam hodoh. Slog untuk Sound Log. Ye ar, orang kata perempuan tak de bakat buat vlog kan. Tapi aku memang takde bakat depan kamera pun, camwhoring pun hasilnya macam sakai. T_____T



Okay lah. Kesimpulannya, best baca blog budak atas tu, nah link dia.


EH. Sebenarnya kan. Tujuan aku nak puji orang pagi-pagi ni adalah untuk hilangkan emo aku yang semalam. Dan kata orang, bila kita puji seseorang tentang sesuatu perkara, sesuatu perkara yang seseorang tu dipuji akan merosot. Macam yang member aku sorang ni cakap. Dia kata aku rajin update. Ha kau, sekarang pe jadi? Kui kui kui..


So aku nak puji dia. Puji habis-habisan. Ha ha keji gila aku ! Okay dah pukul sepuloh BYE !



4 wishes received:

  ieka darlink

March 2, 2011 at 11:01 AM

okey aku sedang berjoget2 happy depan pc ni. ahahahha. ko ni gedik tau takyah ar letak link aku. malu la weh malu lah. *_________*

aku lagi sedih dok umah dah la tak dapat duit. sepanjang masa depan pc je update blog. kalau lah gua dapat keroje. wuwuwuwuwuw~

macehh tau review blog sampah aku. macehh. macehh. terharu aku. *menangis.

  si pendek dan moody

March 3, 2011 at 9:27 PM

ika.
haha menangis lah sangat aku tarik bulu mata karang

  Naddia

March 13, 2011 at 4:54 PM

haha..budak jawe nie memg best kn?! perasan tak, even die punye entry pnjang tp tak bosan bace..tau2 kite da bace smpai abes.
tak mcm sesetengah entry yg pnjg berjela dan rase cam bace buku teks sejarah..
AWAK YANG MANIS

  Mawar Merah

March 21, 2011 at 9:34 AM

Ieka: Watpe nak malu. Blog kamu mmg best. Dh nyinggah sana.

Si Pendek dan Moody: MM pun xrajin mengupdate blog mcm ieka darlink. kijo berlonggok-longgok.heee..

Related Posts with Thumbnails