Kisah Sebelum dan Selepas Aku Berhibernasi [part 1]




Ececeh hibernasi ya, dah macam beruang kutub pulak aku ni.


Sebelum ni, (dalam erti kata lain, beberapa hari sebelum ni), aku sedih atas macam macam perkara. Tapi yang paling aku ingat dua, paling perit antara semua yang perit. Eceh. Pertama, petang sebelum reunion February 12 hari tu kucing 4 beranak yang sering jadi peneman setiap kali aku sorang-morang kat kedai daripada melangut macam pungguk rindu bulan di siang miang hari baik aku bagi anak kuceng comel comel hitam hitam tu makan jilat jilat tangan aku aloloh sukaa ! ..kena buang.


 Punya lah hitam kilat kilat sampai potoshoot seratus kali pun nampak cani jeh. Enpon ni pon cuma ada kamera VGA seketul, tak dapek deh nak tolong T___________T


Setiap pagi, bermula pukul 10, rutin kerja aku ialah bukak pintu kedai, sapu kedai dan susun susun sikit apa yang patut. Selalunya masa tengah sapu sapu tu menyelinap-masuk lah si ibu yang bosar dabak tu pergi kat anak dia. Pastu menyusu. Main. Menyusu. Main. Masa menyusu aku kacau. Masa main, lagila aku kacau ! HA HA HA aku cayang anak anak aku. Eh bukan, aku cayang cucu cucu aku. Eh bukan jugak, aku cayang anak anak mu... ;D


Ini besar dabak punya gambar aku persembahkan.
Aloloh.


Hah ! Dia dah jeling marah.


Tapi.. pada suatu hari. Aku ternampak Taring (kitty sekor yang ada bulu putih kat tepi mulut nampak macam taring dan dia sorang ajelah yang aku bagi nama yang lain takderk nama lagi aku panggil dorang the others aje) dok kuis kuis lantai. Apekehaa nyaa.. Lama lama tengok barulah tau "oh, kau nak beyak ye?" Yelah aku dah lama tak bela kucing jadi aku jadi lembab sedikit. Lagi lembab bila aku tengok rupa-rupanya dia dah beyak dah pun -_-''

Apa lagi kelam kabut aku nak buat apa nih nak buat apa nih waa tolong tolongg ada kebakaran ! ada kebakaran ! eh bukan aku tutop mulot dan ambik tisu 5-10 helai (ha kau) aku tolak Taring ke tepi aku lap tahi tu. Tapi masa tu aku macam dikuasai amarah sedikit sebab Taring macam asyik nak nyorokkan aje 'benda' tu, aku dah risau takut 'dia' atau 'ia' bersepah aku tolak Taring dengan ganasnya dan jentik telinga dia.., which is itu yang buat aku terkilan. Aku mengasari Taring pada hari terakhir aku jumpa dia. T____________T

Ni aku nak nanges ni. Aku rindu dorang sangat sangat. Aku yang salah jadi punca dorang anak beranak kena buang. Sebab, aku bagitau bos aku yang kucing tu buang hadas besar kat kedai. Padahal aku dah bersihkan. Duk diam diam sudah la kan. Tapi aku bersihkan Taring punya ajelah yang The Others tu punya aku tak tahu =,=


Sejurus lepas tu bos datang kedai dan sedia-sedia kutip kotak kosong which is mula mula aku taktau nak buat amende ngan kotak tuh betapa lembabnya lepastu baru aku tahu. Selepas beberapa kali pertempuran menangkap ibu kucing yang kuat lari mari akhirnya berjaya dibuang ke seberang. Bukan ke sebarang sungaiiii...

Tapi tak sampai beberapa minit, ibu kucing tu kembali. Kalau nak tahu, untuk kembali ke kedai, ibu kucing harus melintas jalan besar T__T *ya Allah risaunya! And dia cari anak-anak dia kat kedai. Dia keliru mungkin. Sampai hari ni dia still cari anak-anak dia kat kedai. Sampai hari ni. Sampai kurus badan dia. Sampai serak suara dia hari hari setiap masa panggil anak anak dia. T__T


Meoww meowwww...



Nun dia berehat kat situ. Lepas tu sambung cari Taring & The Others.


Kalau aku tak cakap Taring beyak kat kedai, mungkin ibu kucing ni tak akan berpisah dengan anak anak dia kan. Dan mungkin tadi masa lunch kat kedai tadi aku masih berkesempatan bagi ayam kat anak anak kucing tu..  main main dengan dorang. Mungkin. Nak nanges :'(



8 wishes received:

  ieka darlink

February 18, 2011 at 9:48 PM

biasalah tu.
kucing umah aku pon belambak2 tapi semua kucing mendatang.
pesen suka berak depan rumah dan aku pon terpijak tahi dorang.
asek2 kene penyepak dengan aku tapi bila kucing2 tu takde rase rindu plak.

wei camne nak buat like button kat sidebar tu.
aku bongok.
tolong tunjukkan.

  si pendek dan moody

February 18, 2011 at 9:59 PM

ha ha ha naseb baik para kucing sedunia tak suka lepak rumah aku ni..

button like tu aku belajar dari liyana lunia.

hoho harap2 kod atas tu jadik >.<

  ieka darlink

February 18, 2011 at 10:16 PM

ha lepas tu lepas tu wei camne nak buat facebook blog page.
ok aku macam tak reti je nak nangis ni.

  aishah na'ai

February 18, 2011 at 10:20 PM

sngt takut kucing.. :(

  eyqahaziqah

February 18, 2011 at 11:03 PM

nak menanges juge ak denga kisah ko ni .. ngee

  Ifti Larina

February 19, 2011 at 1:13 AM

cat lover jugak !

  Ifti Larina

February 19, 2011 at 1:13 AM

cat lover jugak !

  awEEN

February 19, 2011 at 9:04 AM

pernah ade pengalaman cenggini jugak.. anak2 kucing kene buang.. sedih betul rasenye...

Related Posts with Thumbnails