Hopefully Worth The Read : Blog Blogger Follow Follower and Follow-Me-Back-Shit .


Tetiba jadi moody. Budak yang aku macam suka tu, macam tak suka aku doh. Ambik kau, Zither. AMBIKKK ! Mmm nyum nyumm sedap. -___-''


Jauh di sudut mudut hati, aku terluka. Macamm terluka. Okay now back to business. Aku cuma nak bagitahu, semua mampu berjaya dengan blog. Eh? Yelah, berjaya. Ikut tujuan lah, kalau nak pemes, dengan blog kau boleh jadi pemes. Kalau nak kayo, dengan blog kau buleh jadi kayo. Kayo rayo macam redmummy. Macam Ben Ashaari mana-manalah yang kau nak.


TAPIII. Tolonglah, tolongggggggggggg lah. Kalau nak berjaya dengan matlamat kau berbelog, tak payahlah nak kopi pes. Entry kopi pes. Post kopi pes. Eh kan sama tu. Dalam perkataan lain yang lebih patut, JANGANLAH BUAT AKTIVITI PLAGIAT. Blog, blog sendiri. Run blog secara sendiri. Tapi post entry macam takde harga diri pi ambik artikel orang buat apa. Lepastu tampal sesuka hati di blog tak link kepada website asal, website pemilik *tekankan pe-mi-lik yang bersusah payah menaip entry tu.


Kau rasa macam 'Alahhh bukan apa pun, entry pendek aje pun.'


Ya memanglah entry pendek. Tapi entry pendek macam pendeknya tahi hidung kau - cuba kau taip sendiri, manually, ada sependek masa kau kopi pes tak? Itu belum campur lagi keletihan memerah otak nak keluarkan idea. 'Mereka' bersusah payah menaip selama 2 jam untuk 'hidangkan' entry yang kau baca cuma 2 minit, tapi kau kopi pes buat cop hak sendiri sesuka hati tak sampai 2 saat pun. Aku tak boleh nak respek lah insan macam ni. Sedarlah.


Aduh, nampak sangat ke aku tengah moody?


Tentang blogger pulak. Weh, takpayahlah nak tiru-tiru style blogger yang sudah terkenal. Macam.... Macam? Heloooo blogger terkenal kan, tak payah aku bagi contoh pun kau orang dah tau sendiri kan. Haha. Pendek cerita, better learn dari meniru. Rojak aje lah.


Follower. Sebenarnya, walaupun follower sampai ribu ratusan ribu, itu bukan cermin untuk membuktikan that's the bestest blog ever. Tak ramai blog yang di follow sebab kualiti entry dia. Mungkin sebab dia terkenal. Ada yang follow sebab blog dia tu cantik. Dan paling femes sekali sebab polisi follow you-follow me back. Honestly, tak banyak blog yang aku follow honestly. Ada kategori masing-masing. Kalau sebab tak sabar nak baca next entry, blog The Other Khairul is the one. Dia ni macam Melda Ahmad. Kalau Melda Ahmad adalah insan terpilih menjadi Gadis Semasa, maka sepatutnya atok sorang ni layak jadi Jejaka Semasa. Okay dah the end.


Dengan menggunakan polisi follow you follow me bla bla bla, sebenarnya kau tak akan dapat kepuasan berblogging. Yelah, follow atas matlamat NAK COLLECT FOLLOWER. Masa follow tu, entry orang tu tak dibaca pun. Sudah-sudah, hang pikir lah sendiri. Entry kau tah sape baca tah sape peduli. Jadi kalau dapat kutip ribuan follower pun, tolak ratusan orang yang ikut polisi hancing ni, cuba kira berapa orang sangatlah yang kisah pasal kau,. Itu pun kalau dapat kutip ribuan. Kalau cuma ratusan, yang baca tu aku jamin, tak sampai puluhan pon. HAHA lawak. Contoh macam aku lah, tak buat pun follow you follow bla bla tu tapi ada kau orang nampak kat atas tu tulis "1018 bintang berterabur". Ada? Nak capai 20 bintang meletop pun macam 2-3 bulan sekali. tsk. tsk. Oleh itu mari anjakkan paradigma kita *ewah dengan mengubah sedikit perspektif yang konservatif tentang blog.

Blog bukan tentang follower sahaja.


Bukanlah aku nak kata follower tak penting. Pentingg.. Sangat penting T_____T. Tapi tak usah sepenting-penting benda tu kau tak nak pentingkan benda penting yang lain. Bayangkan macam kepentingan minum air dalam kehidupan seharian. Asyik minum minum minum.. Makan nya tidak. Kurus kering lah jadinya, bayangkanlah blog kau macam tu.

Sedih ke tak sedih? Kalau tak sedih sudah lantak kau ada aku peduli HAHA.


2 intisari aku nak cakap which means, takyah baca bebel-bebel kat atas yang macam panjang nauzubillah tu pun tak apa -____-'' :
  • tulislah entry dengan gaya mu. Entry yang ori se-ori dirimu. Jika dirimu ori lah. Kalau tak, itu dah lain chapter.
  • follow lah dengan honest. Honesty kan is the best policy.


Sekian sahaja dari si bekas pemidato tidak bertauliah, ZiTHER.


Oy oy tu reaksi nak hina aku ke apa tu.




12 wishes received:

  mukaoren

February 9, 2011 at 10:19 PM

aku sokong. mmg betul. tgk mcm aku, mana ada show follower. rilek je. sempoi je. tak gaduh2 pun pasal follower ni. dorang yg low mentality je tergila2kan benda alah macam tu. tak faham aku. kalau hidup bergantung sangat dengan follower, boleh buat anak bini makan bulan-bulanan, takpe jugak. baik resign benti kerja tetap. kerja berblog je la, duk rumah, kutip follower. cisss! sekali lagi, aku sokong dengan penuh padunya statement bijak ko ni. :D

  si pendek dan moody

February 9, 2011 at 10:25 PM

muka oren.

aku dah kembang kempis kembang kempis lain kali takpayah angkat aku lebihlebih oke HAHA

  Wahida Nasution Thakhrim

February 9, 2011 at 10:27 PM

yea!! AcHiKz sokong entry awak kali ni..

  tomatokering :)

February 9, 2011 at 10:48 PM

memang nice entry beb :)

  fara feroza

February 9, 2011 at 11:02 PM

memng betul pun... kalau dah copy entry orang tekankan la pemilik entry...ni suke2 je...*cewahh cam ade org amik entry farah je..

sabo aje la..wat tak retu sudah..

KAU APAHAL..?

  nub

February 10, 2011 at 6:14 AM

wahahahaha. baguihhh

  cik Ida

February 10, 2011 at 9:03 AM

nice entry... sokong sangat-sangat!

  ✰ bintang| HATI ✰

February 10, 2011 at 10:08 AM

ohs ! emo|emo mmg emo bilamne entry d ciplakkk. lg emo bila gye pnlsn pom d tiru. kah ! sgt|sgt annoying itu bdkkk. :( being sad for her/him.

  Nabiel

February 10, 2011 at 12:49 PM

mmg klu bab kopi pes tuh tk dpt nk trima la..huhuhu~
bab fllwors nie 1 hal lagi~
kdg2 owg yg fllw kte nie mharap kn yg kita nie akn fllw dia blik..so bila kita tak bt macam tu, dgn automatiknye lpas dari tu dia just fllw jek,xbca entry pun..knon macam merajuk la..
tk paham..kbykan macam tu,lebih2 lg yang baru berblogging..
pape pun readers lagi penting..
mcm aku bt g jek blog fllwrs2 aku,bio dorang sedor sket ats kewujudan blog aku nie..hahaha=P

  .::WaNiE::.

February 10, 2011 at 2:16 PM

kalau nak kopipes pun bagi la kredit ye tak

end

  Liyana Mujahid

February 10, 2011 at 2:47 PM

dr 2 jam, ke 2 minit jd 2 saat.
hah! aku suka kronologi ko wat tu.

  Applepinkcomeyy

February 10, 2011 at 11:26 PM

emo gila kau ! pang kanggg ! haha, aku setuju bebenau wey :D
follower ta rmi, relax suda..
standard la, kite mula dri bwh kan, so kayuh la pelan2, lame2 rmi la tu follower, mcm blogger2 femes, dorg follower mule2 mesti sikit jugak, btul tak awak wahai blogger femes ? kihkih

Related Posts with Thumbnails