My First Time : Cari Kerja Mintak Kerja Tak Dapat Kerja & Akhirnya Berjaya Bekerja .

 
 
 


**Sape tak larat naik deadly roller coaster selama setengah jam baik jangan baca. Begitu juga dengan pesakit lemah jantung kencing manis dan darah tinggi mahupun rendah. Entry ini panjang gila menggunakan pendekatan, "let words do the talking", aiseh banyak typo pulak tu -___-''




The Wreckers - Leave The Pieces


Assalamualaikum selamat petang. Aduh weh lenguh gila tangan nyesal tak post entry pagi tadi aje, ouch! Adeh adeh.


Betullah kata orang, setiap kejadian ada hikmahnya. First time aku cari kerja, semua yang best-best pun dah ada orang fill in. Jalan terakhir, mintak kerja kat KFC yang ala kosong mosong gamaknya yang janji nak call after 3 days tapi janji hanya tinggal janji kot aku dah tumbuh janggut pun takdenya dia nak kol aku kurang hasam benar perangai.


Pasal tu aku dah stres. Tak lama aku dapat pesanan ringkas yakni sms (ecewah) dari kawan lama aku yang kebelakangan ni aku selalau eh selalu kan dah salah malas benar nak backspes. Dia cakap, kau nak kerja tak?.


Jangan buat buat tak paham lahh mestilah aku nak atoyy laju laju aku reply. She's working as a pretty waitress in a Malay restaurant tau dia suruh aku ganti dia, dia nak tukar kerja. Aku ONN!! Bukan Onn Jaafar atau Jaafar Onn okay aku tombak kau nanti. Punya dah berangan sampai termimpi pakai kostum japanese maid kah kah kah, macam mana lahh agaknya aku take order nanti ya.. Ahahaha~~ (aura gedik yang boleh buat kau senak).


In the end sama pulak kes dengan KFC. Remain unknown, aku mesej tak reply. Mesej mesej tak reply. Hantar mesej tak reply taip aje apatah lagi. T____T. Baru tadi aku tahu yang mak dia tak bagi tukar kerja. T_T Masa pergi kedai aku ternampak notis Jawatan Kosong, so aku try tanya. Dia nak orang 20an pulakk. Tanya ada orang nak cari pekerja tak dia tunjuk kat kedai bundle. Bila aku tanya, diam. Ssuruh datang esok katanya tokey pempuan tak ada. Pulakkk. Suara dengan mata stone cold gila aku cakap. Sedeh aku wuwuwuwu!! Esoknya aku tak datang pon lupa doh ha ha ha.


Berhari lepas tu aku tergerak hati nak tanya lagi kedai lain. Kedai peralatan milik orang Cina, kensellah dia macam nak buli aje tak jadi. Instinct menarik aku pergi ke kedai bundle tu lagi. Oyeah tauke ada! Dapat. :DD Yang paling cambestnya (ayat kak Zila, rupanya lelaki stone cold tu tauke jugak aku ingat pekerja -___-'' haha eh syy syyt dah jadi bos lah sekarang.


Wuh panjang dah aku taip. Tak larat dah nak baca? Gi tekan nuff sudahlah muehehe.


Tadi datang lambat pun kedai tak bukak lagi T__T. Mula-mula aku rasa macam dull gila kerja sebab takde customer, menyapu susun baju dan.. menyapu. Lepastu datang adik kecik sorang (serius aku terperanjat tibatiba aje dia masuk gengsterly pakai baju sailor pulak). Layan-layang dia sikit. Then lama lama lama... BEST.


Isi entry yang utama:
  • Kerja jadi best dan fun ketika petang selepas kedua tauke ada di kedai, fun sangat.
  • Mereka bilang mahu bagi aku elaun seluar sehelai setiap bulan. Muahahaha! I loikeeee!
  • Budak kecik tu comel macam adik Fathen lah. Ke mata aku dah kero?
  • Walaupun gaji lesser than KFC's dan waitress's, tapi worth the time, energy and FUN!
  • Fun lah dah berapa kali aku ulang hah.
  • Batak doh aku cerita ni sampai korang asyik khusyuk aje baca sampai tak perasan point aku dah pun habis korang kena tipu beb HA HA HA


Kesimpulannya, best. Dangg. Hikmah tak dapat kerja di KFC, restorang dan kedai-kedai lain ialah, waktu pejabat (ewah!) sangat fleksibel. Pergi pukul 10 balik pukul 6. Pagi takyah bangun pagi-pagi sangat pukul 6.30 solat Subuh tidur sekejap pukul 7 suku sudah sarapan. Itu sudah bagus. Aku ada masa lahap sarapan banyak gila dongdang kat rumah nanti tak lapar sangat takyah beli lunch sudah boleh diet xD. Sempat kemas kemas atau basuh baju takpayah selalu sangat sebab sudah ada mesin basuh baharu yang boleh basuh sampai 3kilo baju muahahahahahahaha senangnya hatiku. Balik 6.30 petang lagi sangat bagus ada masa solat Asar di rumah lepastu makan minum dan tengok Tiramisu itu saangat BAGUSS!! Bagus. Rancangan ALLAH yang sentiasa ada udang di sebalik mi. Hikmah dan indah.Alhamdulillah syukran lillah.


Okay itulah pengalaman aku yang panjang lebar tanpa picturasi atau apa-apa HA HA HA okay thanks bai (ayat Liyana Lunia). Wah banyak link aku letak harini! Sampai lupa lenguh di tangan xP



    0 wishes received:

    Related Posts with Thumbnails