Boleh Mati Tergelak Sebab Tiramisu .

Sape tengok Tiramisu pukul 7 tadi? Okay cukup lah dah 2 kali rewrite post ni dah sejam taktau ayat apa best nak share ngan korang wuwuwu. Serius aku tengok drama Tiramisu ni start minggu lepas-lepas (maksudnya dua minggu lepas) hilang terus stres aku, gelak terkincit-kincit betapa aku bangga jadi seorang Melayu yang tinggal di Malaysia eceh.





Setiap Isnin sampai Khamis pukul 7. Aku pernah seminggu straight miss episod ni sebab ingat pukul 6.30 berjanggut aku tunggu merajuk dah tak nak tengok lagi(!!) sampailah ternampak iklan tv3 pada suatu tengahari yang indah. Chait. CHAAITTT!!


Okay cool, cool. Ringan aje ceritanya kan. Tengok sekali memang takkan ingat langsung dengan Adamaya lah! (Oh lupa aku memang tak suka cerita Adamaya pon HA HA HAH). Tabik springg betul dengan penulis skrip pengarah krew-krew penerbtan. (wah wah ada gaya pemenang APBH tak?) Semua watak aku suka, semua karakter buat aku gelak betapa aku sayang kat dorangg ahhhhh *___* tibatiba.






Kepelatan Pierre dengan Sharifah Amani yang sempoi girl kaw-kaw buat aku terbang. Kau tengok tak macam mana watak Melur react bila dia terkejut? And how about Dani's funny words dengan gerak gaya tangan and badan dia. Wehhh. Wehhhhhh! Renjis air kat muka sendiri. Pengsan. **__**







Zain Ruffedge dan Tania Hudson. Aku tak tau nak cakap apa lagi dah. Kalau dua-dua Faris and Liana nih jumpa memang tak ingat dunia aku gelak, geli geleman dan terberak-berak.


Blank. Please fill in the blank. Eh eh


Watak Zain pulak. Kacak weh kacakk. Benny, HA HA HA! Boleh tercekik aku sebab gelak terutamanya kalau makan snack waktu tengok. Paling tidak tersembur air ke muka tv masa minum air. Okay dahla tu je aku nak membebel. Sape nak komplen karotan aku ni teruskan niat. Aku takkan marah.


Once kau dah tekan "Publish Comment" untuk any entries tolongg-lah. Tolong. TAKPAYAH DELETE COMMENT kau orang tu. Sakit hati tahu tak. Baik kau kritik aku aje dari terpaksa mengadap ayat "This comment has been deleted by the author" aku sakit hati tahu tak. Nak keritik benci hate dislike unlike komen komen takpe! Aku COOL.




Korang tak tau ke? Please lah. Cool..
Jangan DELETE COMMENT lagi okay kawankawan. (^__^)



Agak lari topik sedikit. -__-''



3 wishes received:

  Wan Gerrard

January 18, 2011 at 11:08 PM

tiramisu best ^_^

  ZiErWa zAiNaL

January 19, 2011 at 12:26 AM

x pnh g tgk...hehe..tp dgr org ckp je best..hehe

  cik nur

January 19, 2011 at 8:33 AM

syarifah amani dekat dalam tuh comel jaa kan suka tgk dia

Related Posts with Thumbnails