Update: Saya Jawab Soalan Darlia

Entry tentang Nasi Katak yang saya post malam tadi dah buat ramai visitor saya muntah-muntah dan sakit perut, tak kurang juga ada yang tawarkan diri nak tolong menjenamakannya dan jual. Eik? Takde benda lain dah nak jual? Hahaha. Penat saya mop lantai blog ni tau, bushuk!  =P

Saya terima satu comment dari saudara blogger saya, Darlia. Mungkin ia bukan soalan, tapi saya nak jawab jugak! (Sebab takde siapa nak tanya saya kat formspring, haha)






Dear Darlia,
*ceh ceh ceh..

Saya  pun tak tahulah kenapa pekerja-pekerja kat Dewan Makan tu tak nampak katak masuk dalam kuali, saya pelik jugak. Sepanjang pengetahuan saya spesies katak kat sini gedabak-gedabak semuanya, tak percaya? Jom singgah sekolah saya. Cik Tak dengan familinya suka tinggal dan bersemayam di longkang-longkang dan lubang-lubang di longkang (hey, itu kan longkang jugak?) Haihh.. Sangat besar dan chubby-chubby belaka. Comel!

Saya teringat tengahari tadi, kawan saya menari chak-lempong dek kena sergah dengan saya. Yelah.. saya nampak katak kat longkang, (BESAR PUNYAA!) automatik lah saya menyanyi lagu syahdu, "Katakk!!!"

Dah pulak si member sekor ni pegi lompat-lompat kebetulan masa tu dia tengah nak seberang longkang. Tebiat alami Cik Tak sudah menular sebentar ke member saya sorang ni. Buhahahaha... Gaya dan style dia sangat lawak tahu? Saya tak ejek.




 E'eh, gelak pulak budak ni. How dare you gelakkan kawan I.



PANGG!  Kena penampar jap, sape suruh melencong cerita lain?

Okaylah, pada masa kawan saya jumpa katak tu, mesti korang semua dapat bayangkan kan? Ia sudah kering.. sudah leper.. dan kelihatan sangat 'dark' dan rangup. Ughh.. telan air liur. Dahla kering, nipis pulak.. rangup.. Berapa kali saya nak ulang nih?! Mesti awak faham kan? Nak saya ulang lagi?

KawansayakataKATAKtunampakSEDAP okay??!!


Yek, saya tak dapat bayangkan bila saya dapat tau yang bahagian kepala nya dah tak ada, tinggal 'jasad' berkaki dan bertangan sahaja. Katak ada tangan kah? Persoalannya, di manakah kepalanya itu? Di mana. Kawan saya hampir nak makan 'benda' tu tapi terhalang sebab teksturnya liat. *Baldi dah disediakan, sila muntah sekarang.

Jijikkan Darlia? Sewaktu mesyuarat tingkap, saya dengan perasaan penuh jijik ni pergi tanya, "Eh, cecair dan bendalir dalam badan katak tu pergi mana ya? Kenapa kering?"  Terus kena sound with the highest volume dengan member yang tengah makan, habis melekat air liur dia. Jijik. Bhaha.


Dahlah, itu saja. Kalau ada pape soalan dan kemengarutan yang ingin disuarakan, boleh terus ke akaun formspring saya okay? Nama di situ mszither. Okay?


Cik Darlia.. harap kemusykilan terbalas. Hehehe..




4 wishes received:

  ApekxHensem™

June 1, 2010 at 4:17 PM

eee...biar tul amoi....mcm nk muntah je ni apek hehe

  CengkodokPolkadot

June 1, 2010 at 5:33 PM

haluuu..
uewekkkkkkkkkkkkkkkkkkk

  Syafrizal

June 1, 2010 at 6:22 PM

berhati2 bila makan diluar..
perhatikan tokey dia sapa dulu
baru awak makan..

  aainaa

June 1, 2010 at 7:29 PM

katak sedap woo..
hahahaha.
joke.

Related Posts with Thumbnails