Tip Browser Add-on : Cara Mudah untuk Selongkar Blog

Okay hi. Assalamualaikum dan selamat malam.

Saya dah lama tak post entry yang betul-betul namanya "entry". Tahu? Maksudnya entry yang memang betul-betul entry. Entry berisi yang tak rugi mata membaca dan tangan mengeskrol down a.k.a TIDAK membazir masa.



Okay we start.


 sila baca dengan senyuman.



 Simply firstly nak cerita dulu (=.='') saya ni kalau dah terjumpa blog mengarut yang best-best mesti rasa nak baca semua entry dia. Tak sah kalau tak masuk at least mesti makan dua jam. Tapi satu saja kekangannya iaitu, 'adoii malasnya nak kelik older posts, atau read ikut archive, atau read ikut label, atau kelik kelik kelik untuk baca entry sebelum/ seterusnya..' Memang dasar pemalas. HAHA.


Baiklah di sini ada penyelesaiannya. Sebenarnya saya dah jumpa add-on berguna ni sejak awal tahun, tapi asyik malas je tangan nak ngomel pasal nih. So, jum tengok add-on apakah ituu...






Hoi apa jadahnya bendalah ni? 


Haa.. inilah yang dinamakan  FASTESTFOX, ia adalah sejenis add-on yang memudahkan pengguna pelayar tertentu untuk baca the next page tanpa berpindah dari page yang asal.


Definisi mudahnya seperti, kita masuk ke blog Beruang for the first time. Ehh! Seronok pulak Beruang ni punya entry. So kita nak baca the next page sebabnya page sekarang yang kita tengah baca ni cuma ada 3 posts.

So.. lebih kurang macam nak baca muka surat 2, 3, 4 and so on TANPA BERPINDAH dari muka surat 1. Ha best kan?





Cuba tengok screenshot ni.





Ini adalah apa yang akan terjadi jika install add-on FastestFox yang besttt ini :)


Setiap page baru akan ada sempadan macam yang dihighlight (punyalah susah nak eja highlight ni tadi) dengan masing-masing punya nama. Page 2 - Page 3 - Page 4 , blablabla..



Cara gunanya adalah mudah. Hanya scroll saja ke bawah ketika membaca blog dan scroll lagi lagi walaupun dah sampai kat the end of the page dan secara automatik FastestFox akan load the next page, tanpa perlu klik "older posts"  Senang kann ?  :) 




Selain itu, (dah macam karangan BM pulak) FastestFox saves time by speeding up repetitive tasks. Get faster, parallelized downloads, see definitions, auto-load the next page, improve searching, and more. FastestFox will dramatically enhance your productivity. Saya kopi-pes je.


Secara mudahnya, kalau install barang ini di browser kita seolah-olah mendapat kelebihan membaca tanpa sempadan. Endless page gitu.



Untuk try add-on ini, pergi  S I N I  (untuk Mozilla Firefox SAHAJA) .


Untuk Google Chrome, kelik  S I N I


*links bukan milik saya. Dan boleh install tanpa ragu-ragu :)


Lepas nih bolehla habiskan baca semua entry Hanis Zalikha.. Menjenuh lah kita mengekrol mouse tuh yo..
(^_____^ '' )



12 wishes received:

  "miko itu nana"

June 25, 2010 at 10:42 PM

waa...sesuatu yg menarik..thank you sudi share..=D

  Nadia Helena

June 25, 2010 at 10:59 PM

guna google reader lagi senang kot..hee..

  HUDA

June 25, 2010 at 11:01 PM

terima kaseh~! sudah install ;)

[expect] the un[expect]ed

  Syira ITIK KEJ♥M

June 25, 2010 at 11:01 PM

bagusnye adik ni slalu wat tutorial ade jugak pekdah kpd masyarakat.akak ni post mende mengarot je huhuhu

*malu malu*

  Liyanaa.

June 25, 2010 at 11:07 PM

kalau pakai laptop abang i dia memang ada benda ni tapi nak cari tatau nama addon tu LOL btw kalau blog yg guna shoutbox melekat i paling tak suka masuk sbb nanti shoutbox tu duduk dekat tengah :((

  Azman Roslan

June 25, 2010 at 11:14 PM

bagusnya add-on ni.. boleh la baca tanpa perlu klik2.. hahah. thanks for this info.


Cara Unik Menghilangkan Ketagih Dadah

  iRfan Johan

June 25, 2010 at 11:41 PM

cm best jer...leh la try

  nesca

June 25, 2010 at 11:47 PM

bagus la kamu ni. time kasih share info!

  zyla

June 26, 2010 at 12:14 AM

X brapa nk paham tp x pe, akn cuba utk pahamkn nnti.. bleh singgah lg ke blog ni.. ((:

  nas

June 26, 2010 at 1:37 AM

da install..pas2 cmne ek?? xthu ar..

  yahaya

June 26, 2010 at 6:47 AM

terima kasih kerana berkongsi maklumat..

  Anzur Anuar

June 28, 2010 at 3:30 AM

nice post u. jangan lupa baca storyanda.com lak k. ehehe.. ;)

Myblog: rugi tak baca pelbagai cerita yang aneh, pelik, comel, ajaib disini

Related Posts with Thumbnails