Tabiat Makan Yang Pelik

Okay, we straight to the point. Saya baru lepas makan. Pakcik saya datang tadi bawak laksa. Nyum nyumm.. Hari ni saya makan makanan berat sebanyak 3 kali, dan berbanyak-banyak kali lagi memakan makanan ringan. Bhahahaha.

Pagi pukul 9 makan nasi + pari masam manis.
Petang pukul 4 makan nasi + sayur campur.
Malam pukul 8 saya makan laksa.

Okay tak?



amboi makwe ni..
(ini Google punya makwe)

Orang kata "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati". Tapi OMG.. saya rasa sangat 'berisi' sekarang. Faham apa itu berisi? Dah saya tak nak cakap lagi.

Baik saya nak sambung cerita. Shhh diam semua!


"Saya ada satu tabiat pelik. Eh, tak. Dua. Hmm tiga kot." (bagi pelempang nak?)

Aha..yelah2.. dua la rasanya. Pertama, saya makan lambat. Kawan-kawan kat belakang sana tu dengar tak? Saya selalu makan lambatt.. .. Tak dengar?


SAYA.. SELALU.. MAKAN DENGAR!!  Eh silap. Sayamakanlembab. (Ha dapat sebijik.)


Pertama, Saya makan SLOW. Slow gila kadang-kadang saya terpaksa alert awal-awal, kalau saya nak makan kat luar saya kena ambik nasi setengah aje. Faham? Setengah pinggan aje, tapi memang rasa berkat lah., sebab selalunya pinggan tu akan kilat dan licin, kemudian saya juga memenuhi kata-kata Nabi Muhammad:

Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

pepatah ini juga dipopularkan oleh Dr. M kan?


>> Kalau makan dengan member selalunya saya akan naikkan darah tinggi dorang, sebab saya selalu lupa nak cakap dengan tukang ambik nasi, "Nasi setengah aje ye." So, saya terpaksa pinjam-pakai tekak mereka untuk habiskan makanan saya. Macam budak kecik! =P

Tengok, awak nampak kan apa kesan kalau kita tertinggal walau satu ayat dalam kehidupan seharian kita? Nampak? Ceh.



Kedua, Saya suka bagi 'komponen' makanan tengahari/ petang/ malam kat orang yang duduk makan sebelah saya. Maksudnya.. kalau PM makan sebelah saya, dia akan makan saya. Haha. Apa saya merepek ni.

>> Saya menyampah tak suka sayur sawi, sayur taugeh, dan sayur-sayur pahit (yang saya dah rasa dan make sure ia pahit) oleh itu saya akan menjadi seorang pemurah dengan menyedekahkan 'barang-barang' itu untuk diguna pakai orang lain. Haha. Saya sayang mereka. Mereka geram dengan saya.


Kejadian yang seterusnya ini pula hanya terjadi ketika saya makan makan di rumah. Note that please.


3. Saya selalu muntahkan balik kunyahan terakhir. Bukan selalu la, memang AKAN  pun. Saya tak tahu kenapa. Saya ni macam dah banyak membazir kan?

>> Saya ni batak sikit dalam memilih milih makanan. Mana satu nak makan dulu.. mana satu nak simpan makan last-last nanti? Haha. Kebiasaannya saya akan pilih bahagian tertentu untuk saya simpan sekejap, makan masa hujung-hujung nanti. Contohnya daging ayam, kulit ayam, kulit ikan.. dan apa-apalah. Bukan katak okay.

Alih-alih bila dah nak habis makan je, automatik saya akan muntahkan balik. Perkara ni terjadi tanpa saya rela *cehh.. sebab, bayangkan!, saya suka sangat makan kulit ayam but how come saya muntahkan 'dia' balik kan? Gaaaa selalu jadi macamni geramnya sayaaa !!

Ia automatik, involuntary (kot) dan automatic. Haha. Apabila minda saya dah set je, 'OK ini kunyahan terakhir'. Maka, 'muntahh!'
Lebih kurang macam ni la kot otak saya beri arahan. Hadoii..


Apa cara nak sembuhkan penyakit yang aneh ini. Eh, ini bukan penyakit kan. Kan?



p/s: Tiba-tiba teringat satu slideshow yang saya pernah tengok tentang Darfur, Iraq dan Afghanistan. Kebuluran. Kesian diorang kan.




10 wishes received:

  Naddy

June 1, 2010 at 10:02 PM

kulit ayam memang terbaik la..

  iemaZAIMAH

June 1, 2010 at 10:06 PM

makan slow tu kn bagus syg oi..means kamu kunyah byk kali kn..huhu..sunnah tu beb

yup2..kesian org yg kebuluran tu..

  ::ienafazlyna::

June 1, 2010 at 10:21 PM

kamu mcm sye ler..makan2 dan terus makan mcm tak rase kenyang..lepas badan dah naik baru sedar diri..tp tetap tak berhenti mkn jugak...tak tahu cam ne nak stop mkn...

  Jericho

June 1, 2010 at 10:28 PM

Muntahkan balik makanan? Nampaknya seperti satu Tabiat. Selalunya orang yang mengalami Anoreksia mengamalkan cara hidup macam tu.

  APAN

June 1, 2010 at 11:57 PM

wah...exotic btul tabiat macam tu...
tapi yg konfius pasal muntah2 tu...
pelik2...
huhu...

  dylli

June 2, 2010 at 1:34 AM

tabiat simpan makanan mana nak makan last tu,
my favourite! :D

heyy, i do like shoes.
i mean,
A LOT! ;)

  +akufobia+

June 2, 2010 at 11:30 AM

suka makan.tak suka tak makan.err.

  syue

June 2, 2010 at 1:08 PM

saya pn suka makan. pastu makan lambab + lembab. hihii. tp part muntahkan tu, tak laa =P

  aiskrim vanila k0n

January 18, 2011 at 1:10 PM

pt0t r k0 melidi zah.hha

  Toxsir Yasir

March 25, 2014 at 3:59 PM

bulimia...

Related Posts with Thumbnails