Dah BUSUK punya Nasib, Jadi Ini "Aku" Yang Bercakap !

Chis. Dahlah tadi balik sekolah macam sengal. Bas tak ada weh duk melangut kat stesen macam homeless girl, malu ke tak malu cuba cakap? Hey pemandu bas dan seantero syarikat. Kau tahu tak aku dah tunggu kat bus stand tadi sampai 2 jam, kenapa hapakk satu bas KL pun aku tak nampak? Jawap. KAU TAHU TAKK?! Aku nak balik rumah aku nak makan aku nak study aku nak buat keje sekolah. Perangai macam taik kuceng betul asyik-asyik kata bas rosak. Bas yang ku cinta sampai juga dan terpaksa terima hakikat bahawasanya diri ini hanya mampu balik rumah pukul 7 dengan bau badan hapak nauzubillah! (T__T)
 

Nasib baik lagi tak kena kejar anjing hari ini. Kalau tidak memang aku geget si tukang bawak bas!






Baik, malam pun menjelma. Iaitu sekarang.


Perut dah lapar terasa. Nak makan kut? *ceh ada kut kut. Cepat-cepat kaki melangkah ke dapur sebab teringat ada serbuk Kaknorr Pasti Sedap (!!) kat freezer. Okay memang lawak saya tak berapa handal memasak jadi saya guna serbuk serbuk untuk menipu deria rasa sendiri dengan "Ohh! Sedapnya I masak!" Memang tak malu.


Dalam freezer ada telur 3 bijik lalu "baiklah, dua bijik aku nak makan sorang." HAKAKA. Ambiklah dua bijik. Ambik mangkuk sudu garfu pisau segala dan ini yang rasa nak marah nih. Ketuk sebijik okay je. Ketuk lagi sebijik, eh? Ada air warna hijau?


Punyalah tenang spontan lagi pantas pegi tuang terus masuk mangkuk and CHAIT ! Tak guna betul. Apasal telur warna hijau pulak?? Telur busuk. Kau baca ini baik-baik. Itu TELUR BUSUKK!! Jelas kan ia warna apa? Warna hijau ya kawan kawan. Ya warna hijau macam warna hingus kau masa kau baby-baby dulu.


Dahlah busuk. Hijau pulak tu. Dah macam air F&N fruity aku tengok.






Oh fine.. Whatever. Ada lagi sebijik, so tenang tenang saja saya buang itu telur tercemar sebijik elok + sebijik CACAT ke dalam sinki. Fine. Ambik lagi sebijik lalu saya dengan bebalnya pegi tuang telur baru yang fresh itu ke dalam mangkuk kotor tadi tanpa sempat basuh. BODOHHHHH.



Apahalla kau dah form 5 pun otak masih short tahap budak nak periksa darjah satu hah cuba kau cakapp !!



Dah geram sangat tuh so saya pegi tenyeh tangan kat mangkuk konon-konon nak basuh kuat-kuat biar bau hilang rupa-rupanya hilang di mangkuk tidak di tangan. Oh jijiknya hidung terasa.




Apahal pandang-pandang, nak mintak penyepak?? Cabot hidung kang.


Oh, terkena telur busuk hari ni ya? TAKPE TAKPE ..buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. SIAP KAU AYAM .





10 wishes received:

  cikgadis konfiuss

June 28, 2010 at 9:42 PM

haha siannnn

jadi x mkn lg la ni??

  zither

June 28, 2010 at 10:29 PM

haha dah makan la cik gadis.. tadi goreng ayam sendiri weh.. huhuhuu


tak dapat telur dapat ayamnya. padan muka AYAM . hahaha *puas hati betul.

  Cylia Chel

June 28, 2010 at 10:43 PM

mmg ayam tu xnak zither mkn telur die tu..

  Syira ITIK KEJ♥M

June 28, 2010 at 10:54 PM

akak raselah kan, dalam hal ni kita kena salahkan TELOR DIBASUH, hahaha

  .::WaNiE::.

June 28, 2010 at 11:08 PM

hakhak hak :P

bawak bawak bersabar :P

  WZulhilmi

June 28, 2010 at 11:10 PM

Uwek!! ada ke telur warna hijau nih??? tak pernah pulak alami benda alah tu.. jangan lah dpt.. Nanti trauma mkn telur.. eeee

  zither

June 29, 2010 at 5:58 AM

ISH ! Kenapalah mesti saya yg dapat?? gramm btul.

dan ya saya setju dengn kak syira! semua salah TELUR DIBASUH. kehkehkeh .

  Bawang Goreng

June 29, 2010 at 9:50 AM

Saya pernah gak terkena dgn bas RAPiDKL. Ha.. ha... siap taruk brand lagi kat sini. RAPiDKL staff, kindly take note!!! Org tahan elok-elok, boleh dia laju jer taknak berhenti! Kui kui kui...

Dah berape lama telur tu dok kat freezer?

  zee

June 29, 2010 at 10:08 AM

tergelak baca comment itikkejam.haha
setuju2, salahkan TELOR DIBASUH

hahaha

  touya

July 1, 2010 at 9:38 PM

Muahahaha sedih pulak aku baca ... cian ko erk ? Eh ! Jap !

"aku nak study aku nak buat keje sekolah"

aku dah ulang kali baca .. takder lak ko cakap bila ko balik ada buat dua aktiviti nie ... hurmmm aku silap baca ke ? Sebab aku nampak pasal telur jer .

Muahhahaha relax-relax ...

Related Posts with Thumbnails