Cara Mudah untuk Tingkatkan Backlink :)

Orang yang dah biasa dengan dunia trafik blogging ni mesti dah arif kan apa bendanya backlink ni? Tapi kalau untuk blogger-blogger macam saya ni, baru nak mengenal apa itu trafik.. apa itu ping.. dan sekarang ni saya baru lepas discover ; "apa itu backlink?"


Okay saya cerita dulu sebelum huraikan cara dan tips. Backlink adalah link-link yang saling menghubungkan antara dua site atau sesuai saya nak maksudkan di sini ialah link di antara blog. Contoh, link awak berada di blog saya apabila awak tinggalkan komen di post dan entry, dan pada masa yang sama link saya juga akan berada di blog awak.. Begitu juga sebaliknya. Boleh faham?




 Kesudahannya, setiap orang saling ter'link'.

*ohh sedapnya lagu.. Tengah layann Miley Cyrus - When I Look At You  :)

Dah iklan tamat. So mengikut pengertian di atas, kenapa backlink penting untuk blog kita? Saya kumpul maklumat dan kajian *ceewahh..  so di bawah ialah kesimpulannya.


1.Meningkatkan trafik dengan berlipat kali ganda.

2. Blog lebih mudah diindeks di enjin carian Google.

3. Jumlah PageRank meningkat.


> PageRank ialah satu analisis tentang berapa banyak link belog milik awak yang berada di indeks web carian atau lebih senang cakap, blog awak tu sepopular mana? Haa sudah faham..?


Cara untuk meningkatkan baclink ada banyak.. sampai pening nak pilih, nak buat yang mana satu ni..? Hehe.. Ni saya listkan antara cara yang mudah untuk diaplikasikan *ceh3...

pertama - update belog setiap hari, sekurang-kurangnya 2 posts a day. Pastikan entry tersebut da bomb. Okaylah, bomb aje pun jadilah. Senang kan?
>> kemudian, kita boleh 'ping' entry terbaru yang dirasakan hot dan top di mana-mana site yang berkaitan. Contohnya di  pinguptrafik.blogspot.com  atau terus daftar di  gengblogger.com.


kedua - aktif dengan aktiviti di forum atau site sosial, contohnya facebook - myspace - tagged - atau di blog sendiri  *atau sama erti dengan blogwalking dan comment-dropping.
>> logiknya, setiap kali kita drop comment kita akan sertakan sekali dengan URL kita betul tak? Tengok, nampak tak apa perkaitannya. URL belog akan jadi 'popular' di enjin carian dan.. free-free je empunya belog bagi ruang kat kita nak ++ backlink.. (^__^)


Okay, setakat ni dua cara ni aje yang saya rajin apply..


yang ketiga ni saya tak berapa apply sangat, saling exchange link. Kekurangan dari step yang ini ialah, kalau terlebih sangat link yang kita letak di belog ia akan menyebabkan blog bertambah berat dan lambat loading.
>> bila lambat nak loading, dah 2-3 minit masuk pun masih nampak header aje, boleh blah la kan? Orang pun malas nak masuk.


Yang last but not least ialah, menggunakan kaedah DoFollow. Yang ni step dia agak special sikit. So wait up next time okay? Esok saya buat entry tentang DoFollow ni, boleh? Bajet macam orang nak sangat baca =P


Saje nak kongsi apa yang saya baru belajar. Sharing is caring kan?  (^__^)





14 wishes received:

  shafiq

June 4, 2010 at 9:28 PM

ooo.. camtu rupanya backlink. thanks for sharing.. ;)


My latest entry : Masalah Kereta Api Di Jepun Lagi Teruk Dari KTM Malaysia

  Adam

June 4, 2010 at 9:36 PM

saya suka entry ini. walaupun asih bar dalam dunia blog. anda sanggup luangkan masa explore sambil belajar semua benda ni.

betul tu saya sokong dan setuju apa yang ditulis. lagi-lagi pasal dofollow. dengan dofollow je boleh dapat backlink percuma daripada sesama blogger.

lagi bnyak link lagi senang dapat PR tinggi. jadi saya sokong sangat entry pasal dofollow

=)

  LaNuNsepet

June 4, 2010 at 10:09 PM

yeppp.. betul2...
sy pun ade ping jugak kat kat pinuptrafik n kat gengblogger tu..

tq 4 info :-)

  zither

June 4, 2010 at 10:29 PM

shafiq ; yepp..

adam ; hehe thanx.. saya pun baru nak cuba ni, terkial-kial lagi nak susun ayat.tutorial lah apebenda lah. malu2.. hahah

lanunsepet ; sama lah kite.. he he
emm.. knapa sepet yea..? ^__^

  Fay Nana (Cik Fana)

June 4, 2010 at 10:32 PM

baiklah saya tinggalkan komen di sini. :P

thx for the info! :)

  aainaa

June 4, 2010 at 11:28 PM

cane nak tinggalkan url kite bwah komen ye?? aduh.. masih perlu blaja byk nie..

p/s:jemput ke blog saye tuk makan jemput-jemput! haha

  Irwan Amit

June 4, 2010 at 11:34 PM

info yang menarik.. :)

  Encik Tikus

June 4, 2010 at 11:44 PM

tak paham sangat pasal bende2 macam nih,baru lagi kott dalam dunia nih. tak amik kisah sangat. :)

  hellioz

June 5, 2010 at 6:52 AM

laaalaaaaa~

  hellioz

June 5, 2010 at 6:52 AM

backlink?
ape tu?

backhand gwa tau r...
gyahahahahaahahahaah~

  rizal jabai

June 5, 2010 at 9:32 AM

info yg mmg patot dikongsi..hehe.sume dpt knowledge arini..heee
iklan miley tu ditaja ke?kekekeke

  Frodo Baggins

June 5, 2010 at 10:15 AM

jadah hellioz backhand jer lu tau! wakakakkakaka ....


good info ...
keh3x. tp x pnh wa apply.
wooohaaaa!


>>__<<

  nesca

June 5, 2010 at 2:53 PM

comel gila template! hidup ijau! neway thanks for sharing :)

  Syafrizal

June 8, 2010 at 5:50 PM

memang mudah sebenarnya nak tingkatkan backlink... tak susah pun

Related Posts with Thumbnails