Buffered Earning ; Ciri dan Tips untuk Menarik Minat Pengiklan :)

Assalamualaikum dan hello :)


Post adalah kesinambungan daripada entry  Saya Batak Dapat Buffered Earnings . Walaupun korang tak mintak semua ni, saya nak bagitahu jugak. HAHA. Gila tak malu ah.

Oh ya, saya nak tekankan. Awak dipaksa baca entry ini. Hehe. BACA CEPAT!! Taknak baca saya nangis. Buhaha.


Oh, let's get straight to the point yah.



1. LETAKKAN ADS DI BAHAGIAN LEADERBOARD.

  • Ciri pertama yang menarik pengiklan tentulah kedudukan dan lokasi ads yang ditepekkan di blog. Pengiklan bila nak mengiklan tentulah dorang nak manusia sedunia nampak iklan dorang betul tak? Dan selalunya pengiklan lebih berminat untuk meletak kempen dan iklan mereka di bahagian leaderboard, atau lebih familiar kita panggil header. Ceh ceh ceh. Logiknya, kalau hang letak iklan kat bahagian bawah blog agak-agak orang nampak tak, tertarik ke nak tengok iklan tu. Cakapp.

  • Letak ads di bahagian sidebar juga tak ada masalah. Lagi-lagi di bahagian antara posts. Lagi tak ada masalah :) Gunakan kekreatifan untuk menarik pengiklan.




2. UPDATE BLOG, DAN JANGAN LUPA PING SEKALI !

  • Ini dah pakat-pakat memang semua orang tahu dah, sapa tak tahu sila terjun longkang sekarang. Malu weh. Update tu kalau boleh sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Dua kali. Update. Entry mesti nak yang 'berisi', kalau ada unsur lawak kelakar gaban lagi best! Sure saya baca. HEHEH. Malas nak update? Kalau follower dah ramai beribu takpe gak nak jarang update ke apa sebab bila sekali post entry baru, sekurang-kurang adalah dalam dua ke tiga ratus orang yang baca. Kalau macam saya ni? Mari kita berhenti bermimpi.

  • Satu lagi, yang menarik perhatian pengiklan tentulah blog yang mesra SEO (Search Engine Optimization). Itulah gunanya ping. Dan DoFollow. Website untuk mem-ping post terbaru di blog sekarang ni dah melambak, pegilah ping banyak-banyak. Biar dorang terseksa. Dan tak lupa jugak, promosi blog banyak-banyak eh. Kat facebook, myspace, tagged, twitter, cakap aje. Biar semua orang muntah balik-balik nampak blog kau. HAHA.




3. DAPATKAN UNIQUE VISITORS. Atau unique views. Apa-apa sajalah.

  • Unique ya, unik. Kalau pageview setiap hari beribu-ribu tapi tak guna jugak kalau unique view cuma lingkungan puluh-puluh sahaja. (Tulah, seronok sangat nak berbalas jejak + chat-chat tanya khabar kat shoutbox. HEHE.) Apa tu unique views? Unique views ni adalah bila blog kita diview oleh blogger yang berlainan. Contohnya, sekali Blogger Kucing masuk ke blog si Blogger Bintang, maka itu adalah unique view. Kemudian dalam jangka masa pendek sekiranya Blogger Kucing singgah lagi berblogwalking di blog Bintang, maka ia tidak dikira unique. Biasa-biasa sahaja.

  • Untuk dapatkan unique visitors, kena rajin meneroka blog. Rajin-rajinlah teroka blog yang menyediakan link (saling exchange), tengok blog mana yang tuan empunya tanah tu suka then kita boleh tumpang suka sekali :D  Cuma singgah masuk dan tinggalkan jejak. Tambah-tambah kalau jejak tu dicopy-paste. Senang je hey? Sape kata susah meh saya tampa lajulaju. Lagi untung kalau blog tu betul-betul best, bertambah jumlah blog yang kita follow. (^__^)


Dah, itu saja. Nak ikut, semoga berjaya. Tak nak ikut tak apa. Saya bukan hebat, masih belajar :)

Bak kata Mr. Donald ;



I'm lovin' it !



14 wishes received:

  sarah shafie

June 19, 2010 at 7:05 PM

hehe..gud info..

  [z@ck]

June 19, 2010 at 7:09 PM

bab nak update dan ping selalu paling lemah sikit.kadang2 tak ada benda nak cerita.korek balik gmbr lama2 buat ulasan.itu habis tak ada modal la tu =P

  Syira ITIK KEJ♥M

June 19, 2010 at 7:23 PM

nice one! mari kita kumpul harta untuk kawen! HAHA

  nuyuEna

June 19, 2010 at 7:30 PM

tu die..tips dr cik zither..nk g apply tips2 ni skrg la...lalalala~
sy dgn xmalunye..telah memhafalnye..
trimas sudi share..wee~

  (: syai_sharif :)

June 19, 2010 at 8:12 PM

ahahh uncle mcDonalds tu mmg menarik perhatian
weewoot! ^o^

  aizat912

June 19, 2010 at 8:27 PM

hype2 blogwalking.. :)
minat gak psl nuff nie.. cume x reti sgt.. heheh

  saya_arief

June 19, 2010 at 9:36 PM

thanks for the tips.

  donnyien

June 19, 2010 at 9:54 PM

Salam ziarah,
Love at first sight,selamba dan kelakar.aku suka blog ni :)

  balqis

June 19, 2010 at 10:28 PM

tips yang berguna, lenkali bleh bagi lagi =P

  LaNuNsepet

June 19, 2010 at 10:36 PM

stuju ngan semua ni...
tapi kadang2 ade sesetgh org luck..
walaupun visitor sket der tetap dpt buff.. tp utk masa yg sekejap sebab dier tak maintain buff akan cepat hilg..

ade mcm2 lagi misteri kat buff ni..
:-) tp atas ni semua betul tepat sekali..

tq zither.. :-) lanun ada satu jar buff.. zither nyer ade lg tak? mcm dah takda jar lanun tgk kat heade tu.

  cikAfro

June 19, 2010 at 10:47 PM

da folo da.da komen jugak.info bagus... :)

  PiNk ButTeRfLy

June 20, 2010 at 1:02 AM

good tips!! thanks! =)

  Haulid Al-Hararr

June 20, 2010 at 1:10 AM

i love it too..;)

  tiqaa

June 22, 2010 at 9:31 PM

info berguna :)

Related Posts with Thumbnails