MP3 best tapi jadi sangat ANNOYING .


..bila masuk blog orang and keluar lagu-lagu MP3,
ada yang rock metal kapak dan yang mendayu-dayu *ngantuk..



Ouh sekali saya bagitau ni jangan tanya lagi okay? Saya sangat suka berblogwalking dan bukak tab banyak-banyak sumenye blog. Uh, pening cakap macam kell.. umm.. pape jelah.

 Korang rasa tak apa yang saya rasa? Mungkin saya lah kot yang gila sangat pegi bukak blog byk2 sekaligus.. haha. Tapi memang annoying gila kalau masuk pastu kita dihidangkan dengan lagu background mp3 inggeris melayu tamil hindustan yang tah ape-ape. Ayat ni pun tah apa-apa.
(=.=")

Kalau bukak 7 blog dan 4 daripadanya pasang background music, bayangkanlahh..!!
Arghhh bertindan gila nak mampus, cari punya cari sumber dan source nya dari mana *cehh.. alih-alih dia auto-play pulakk... tak boleh nak pause atau SHUT OFF TERUSS !!

OMG, dahla tak boleh pause, tak boleh nak turn down kan volume.. last-last punya cara terpaksa MUTE laptop terus, TAHU ?? Tak dapat dengar lagu feveret sendiri dari Windows Media Player. Sigh.

 Maka cepat-cepatlah saya kirim salam dan say bye-bye to them ^_^

Tapi salute jugaklah ada jugak blog-blog yang saya memang sangat suka music dia, sangat masuklah dengan cara dia tulis post, sesuai ngan penulisan lah senang cerita. Cuma kalau volume sangat up dan tak boleh nak control nak pause ke..nak stop ke., memang sangat mengganggu pembacaan okeh ? Lagi-lagi kalau dah bertindan bertindih dan yang serupa dengannya. OMG!


So, the best kut.. Pasanglah lagu yang menenangkan. Gunalah player yang boleh pause. Teehee.
Control volume pada tahap yang sedapp okay didengar, medium vol. 50%.



p/s: Mula-mula saya pun nak pasang lagu background sebenarnya, he he.. tapi kensel terus lepas baca tip blogging hasil kajian pakcik ku sayang Google namanya.. hee hee.


p/s/s: Saja nak kongsi.. Kalau boleh pasang muzik yang tak annoying macam mana? Drop comment lah yea, saya nak tido. Nenek dah marah =P




0 wishes received:

Related Posts with Thumbnails