Kisah Hari Terakhir Kitorang + saadah

Hai..huu sedih betul aku sebenarnya tadi.. Dah 2 tahun..bersama gelak-helak bagai nak rak, sampai rak pun dah tak sanggup nak gelak dengan aku.. Korang faham tak nih? Huhh..memanglah korang tak faham...

Akak special aku ni; Nur Saadah Ahmad Shawal nak berhijrah ke UiTM, dia dah tak nak dan tak tahan nak sambung form 6 kat sini lagi..huu.. Tambahan dia memang nak kejar cita-cita jadi seorang akauntan. Bagus dan tinggi cita-cita dia nih! Sentiasa aku cakap kat dia, "chayokk la weyhh!" Hahha aku pernah cakap kat dia, kalau satu hari nanti dia berjaya jadi akauntan..aku nak dia topupkan aku 50 ringgit.. kihkihkih..jahat tak? Aku punya sebab tauu.. masa tu aku form 4, punyala pokai poket aku nih..nak topup sebulan sekali pun,hmm pegilahh!

But, dia kata.."Ok..! Boleh je.. Tapi kalau aku dapat laa.."
So aku bagi semangat, SAADAH, KAU MESTI BOLEH! AKU SAYANG KAU SAADAH!! hahhahaha..bodek dalam ikhlas ni namanya... ikhlass! tau??!

Huhu..hari ni hari terakhir aku, shahirah, syamina.. dan saadah balik sekolah same2.. Selama ni, kitorang sentiasa together., datang sekolah lambat together..kena tinggal bas together.. bertanding lari Olimpik nak kejar bas balik pun sama2.. Sweet memory walaupun masa tu aku tau masing-masing muka dah hodoh macam reban ayam..penat tercungap-cungapp..hahahahha..

Kat belakang bus stand tempat kitorang selalu lepak (tunggu bas) ada satu taman permainan, tapi kitorang tak pernah ambil pusing dan tak pernah kisah pun nak pergi.. Tapi pernah sekali tu aku moody gile ngan sorg mamat ni, aku gi sana sorang2 tak ajak dorang.. Pada masa tulah aku tahu yang sebenarnya suasana kat taman tu..aman..damaii sangat sangatt! Aku suka! (walaupun kat langit banyak burung gagak aje ;P)




kakk.. kak kaakkkkk!!!
(haha..saya tak taula pulak kalau gagak ni panggil kakak2 semua =P, he he..jgn marah..)




Tup2 hari ni Syamina ajak kitorang sama-sama gi taman.. walaupun panas terik memanggang dan membakar, kitorang tetap pegi. haha!

Kitorang main jongkang jongket.. buaian.. jongkang jongket lagii.. dan buaiann.. dan jongkang jongket.. hehe nasib baik bukan 'jongang jongket'.. Permainan yang kitorang main sangat terhad sebab badan masing-masing pun dah kembang.. =P except Saadah la, (kalau korang nak tau dia ni maintain darjah 6 je walaupun dah form 6 sebenarnya..haha)Comel tak hingat tau.. Lain kali aku letak pic dia okeh!



ngee!!


Kami [aku, Syamina, Saadah] bermain sama-sama.. menyanyi melalak sama-sama.. bergelak sama-sama.. macamm budak tadika.. Sweet! Kitorang asyik gelak tak ingat kenapa.. tak pasal-pasal kena tinggal bas. AiyOoo..!!! Haram jadah, Hisyam bengang je.. lalalala (ni member kitorang lagi satu..satu-satunya jejaka comel..) Hehe maaf ye Hisyam, best la tadi teroka area work-out! Tengok kulit aku, dah hitam macam arang. Arang pun lagi putih dari aku.. [tipu je]

Huhh..at last, kami balik bus stand. Duk borak-borak dengan Hisyam.. Dan bas datang, kami pun balik..

THE END.

(huishh..sebenarnya aku ada banyak lagi bende nak citer.. pasal pagi tadi..pasal sekolah tadi..pasal balik tadi.. banyakk lagi!! Tapi maafla aku tak sanggup nak taip panjang2.. Boleh terbelit jari aku.)

Akhir kata:
Love youu Saad bin 'Ubadah! Good luck dalam Diploma Perakaunan kat UiTM Jengka, Pahang.

K lah dear, lapar.. busuk nak mandi.. Bubye!



0 wishes received:

Related Posts with Thumbnails