Kemalangan Menakutkan Saya

Tujuan saya tulis post ni adalah untuk menyorokkan entry di bawah. Har3.. takdelah.

Jum baca :)



Copyright to Harian Metro

Kemalangan berlaku kat mana-mana kan? Dalam apa bentuk sekalipun. Kemalangan kat rumah ada.. kat luar, kat atas pokok..atau kemalangan sewaktu memotong buah-buahan lalu kita terpotong jari kita sendiri dek khusyuk bergelek mendengar lagu Lady Gaga. Eh, apa ni dol?

Saya tak suka Lady Gaga okay. Pffftt. Yelah, saya suka jugaklah lagu dia.

Dah, STOP!!


Saya tak pernah mengalami kemalangan, serious. Kecuali selepas saya darjah 3 saya cuti sekolah nak pergi Shah Alam nak ziarah orang sakit nak naik kereta dengan pakcik dan nenek saya nak pergi hospital. Pedulikan semua nak-nak tu. Dan masa tulah first time saya rasa kemalangan, atau bahasa Melayu-nya orang panggil 'accident'. Car with car. Sangat menakutkan okay. Macam ni ceritanya..


Kitorang dalam perjalanan nak pergi hospital, in Shah Alam if I not mistaken. (Tapi saya tak ingat pulak Shah Alam ada hospital?) *Saya bukan budak Shah Alam. Shah Alam ni banyak seksyen kan? Ada sesiapa boleh ajarkan saya tentang macam mana seksyen-seksyen yang melimpah ruah ni diteraburkan? Kerana bila saya datang Shah Alam fikiran saya juga berterabur mencari di mana Seksyen 7 iaitu selepas Syeksen 8 kerana mereka tidak sederet., kot.

Begitu juga pakcik saya. Dia salah ambik jalan, dan cuba buat U-Turn kat satu jalan ni yang memang gila kering-kontang, takdak keta langsung. Rumah je banyak, besau-besau. Tabik springgggggg. Tup-tup pusing kitorang kena langgar. ??!! Yup. KETE YANG KITORANG NAIK KENE LANGGAR KAU PAHAM TAK? Nenek saya dah istighfar banyak-banyak sedangkan saya kat seat belakang dah tertonggeng-tonggeng sakit bontot buntut punggung gila ****. Jahanam betul si pelanggar ni, habis muka saya yang chuby ini melekat pada tingkap. Hodoh.

Pakcik? Kesian sangat dengan dia, saya nangis tau tak? Bukan sebab dia cedera teruk ke tak. Tapi sebab nasib tak sebelahi dia. Kereta dia yang dibawak, dan dia yang bawak dan kereta dia yang kena langgar. Saya sakit mengaduh-aduh dan dia pujuk saya sedangkan saya sepatutnya sedar yang dia lagi susah dan sakit hadapi semua ni. T__T  Dia tak ada telefon bimbit cellphone telefon tangan atau apa-apa yang serupa dengannya nak call family mintak tolong dan terpaksa mintak tolong kat si tukang langgar kitorang ni nak call abang dia. I call him "Wak" because I originally a Javanese. But I don't look like Javanese, seriously.

1-2 jam dia sampai and bincang itu ini sambil tenangkan fikiran dan saya sangat menyampah bila 'orang tu' datang kat saya, tanya itu ini.

Dia: "Adik macam mana..? Tak ada apa-apa? Okay tak?"

Saya diam dan saya takut nak pandang muka dia, tak suka, geram, merajuk. =P

Nenek: "Takde pape ni.. dia sakit ****** je ni.. terhantuk sikit mukanya.."

Dia: "Nak saya hantar pegi hospital?"


PIIIRAAAHHH !!!!!!  Blah you blah!!!!!



Kedua, saya jatuh motor, sebanyak dua kali. *nasib malang dengan nombor 2 ni kot. Now, saya dah tak naik motor. Kunci hilang. Bukan salah saya.


Ketiga, ni kemalangan yang betul-betul menakutkan. Tak macam cerita kat atas tu, hampeh. Kejadian ni berlaku kat depan sekolah, awal pagi budak-budak semua hadir ke sekolah nak belajar dan tuntut ilmu. Cehh..

Saya datang lambat, kena tinggal bas *kahkahkah so saya kena naik kereta. (Ni kereta yang sama accident haritu). Punyalah ramai budak-budak semua kat depan.. pagi pukul 7.30 masa tu macam gelapp sangat.. Tak tau kenapa (belum tau). Saya main gurau cakap dengan pakcik, "eh tengok.. harini zither datang sekolah ramai eh sambut.. eheh eheh.."

Saya pun masuk kelas and kawan asrama semua datang serbu, "Eh, ada kemalangan ke kat depan?" Saya pun buat muka beruk. "Hah??! Bilaa??!"

"Elektrik takde ni.. Laa.. kau kan budak luar.. Tak nampak ke?" Saya laju geleng. Letak beg, kelas gila kosong. Saya ajak dia, jom tengok.


Sampai depan pagar sekolah memanglah ramai gila, saya nampak lori besar gila gedabak masuk parit. Separuh badannya dah terseliuh kat daratan. Huhh takut jugak.

Saya tanya kawan, "Kenapa ni?"

"Ada budak sekolah kita kena langgar"   o_O inilah mata saya ketika dengar tu.

"..dia  dah meninggal." and I was like this,






OMG.. Sadis sangat.. Saya nampak tubuh budak tu tersadai tepi jalan. Ambulan ada, attendan ada, tapi piiiraah!! Tak boleh pakai. Jenazah biar macam tu je. Geram pun ada. Seolah-olah taraf dia rendah sebab kepala setara dengan kaki dan tayar kereta yang lalu-lalang. Bila mak ayah dia datang, serius, sedih sangat.. (Saya dah masuk kelas masa tu) Kawan saya yang punya brutal dia tahap langit pun boleh nangis cerita. Untuk pengetahuan, budak tu baru tingkatan 2. Al-Fatihah untuk arwah Nur Najihah..


p/s: Dalam beg dia, terjumpa baju sukan sekolah, sebab petang tu ada sesi kokurikulum. Betapa dia bersemangat nak datang sekolah, sedangkan saya...      Kejadian berlaku dalam tahun ini.



0 wishes received:

Related Posts with Thumbnails