Itulah Nasi Yang Paling Menjijikkan !

Hati-hati, post ini panjang dan merupakan suatu kisah.

Entry kali ini adalah berkaitan dengan kejadian yang pernah berlaku pada member classmates saya, emm.. kita bagi nama samaran ajelah ya?

Okay, ini kisah 2 sahabat. Sorang nama "Cicak" dan sorang lagi kita panggil "Payop". Dua-dua adalah kaum Adam dan both duduk asrama. Setiap hari diorang akan bawak bekal dari Dewan Makan (DM) pergi sekolah, rasanya untuk jimatkan duit belanja masa rehat nanti. Hari itu seperti biasalah, waktu belajar berjalan macam biasa dan tak ada apa-apa yang special pun..


Akhirnya tibalah saat dan masa yang ku nantikan iaitu WAKTU REHAT. (Saya ni kuat makan, roger). Datang seorang member saya ni duduk makan semeja dengan saya, dan dia pun mula bercerita dengan sahabat saya lagi seorang. Baiklah, kalau susah sangat nak paham jum tengok lukisan di bawah hasil karya saya yang terulung.

Dengan merujuk gambar di atas, meh saya terangkan sekali lagi. Yang kepala bulat paling besar hampir dicocok dengan anak panah merah itu adalah kawan saya si A yang datang join duduk semeja dengan saya dan kawan saya lagi sorang (nampak tak kepala kecik yang tak berapa normal itu? Itulah kawan saya.) Saya berada di sebelah A dan kepala saya hampir normal.

**Saya tahu saya berbakat melukis, jadi jangan puji-puji saya..saya malu. Tiada kerusi dapat disediakan di atas atas faktor kewangan, tak mampu beli kerusi. Semua mahal. Ehe ehe.. matilah saya kalau dorang baca ini.


Dipanjangkan cerita, si A ni lah yang bawak cerita..

A: You all nak tau.. Tadi Cicak dengan Payop jumpa Katak dalam nasi goreng dorang..

(ingin ditekankan di sini bahawa Katak bukan sejenis sahabat)

Kawan: Ha? Bila?!

A: Baru tadi, masa rehat. Dorang makan kat kelas tadi, punyalah banyak dorang dah lahap (gila banyak, dah nak habis satu tuuperware!!) baru jumpa badan 'dia'.


And I was like.. "YEKKK JIJIKK GILAAA !!!!"

Tinggal badan je, kepala dah hilang bhaiii .. Oh my God.. Imagine that. @$@#%^$


Kawan: Eh, dengar kata, nasi goreng pagi tadi sedap?

A: Yeah, sedap gila! First time aku rasa nasi goreng sedap macam ni. Alih-alih jumpa k***k pulak.. Geramnya aku!!

Kawan: Uuu~~  sedap yea..?

A: Aku rasa nak muntahla kau paham takk ?!!

.

.

Semenjak itu, satu kelas, satu form, satu dorm, satu asrama, satu sekolah, satu Malaysia gempar dengan penemuan ini. Lalu kami pelajar-pelajar gadis pingitan mengikut kelas masing-masing membuat satu mesyuarat tingkap membincangkan tentang apakah sebenarnya yang telah berlaku. Begini kesimpulannya..



1. Cicak dan Payop makan-makan-makan dengan lahapnya, sebab nasi goreng itu berasa sangat 'sedapp'.

2. Kemudian Payop menjumpai satu komponen nasi goreng yang kelihatan nipis dan lazat seolah-olah menyerupai bawang goreng besarr yang dibaja dengan 100kg potassium fosforus dan sebagainya.

3. Dia bertanya dan mengkaji, "apakah ini?"

4. Lalu mendapati ianya adalah komponen dari tubuh 'bawang itu', maka secara automatik ia bukan sejenis komponen nasi goreng.

5. Cicak muntah serta-merta dan Payop perlu dibawa ke hospital. Ceh3....

6. Dan OMG, berita tersebarr !! Saya pun muntah.







Sangat jijik dan menjijikkan, dan itulah nasi yang paling menjijikkan saya pernah dengar. Nasib baik tak jumpa lagi. Oh yekkkk.


nota tambahan: Kawan saya bercerita, pelbagai sejarah telah dibuat oleh pihak DM pada tahun ini memandangkan tender telah bertukar tangan kepada warga asing. Setiap hari mereka berasa seolah-olah mereka sedang menikmati makanan di luar negara dek kepelikan dan keasyikan teksturnya.



Makan roti jumpa lipas. Roti lipas.
Makan gulai jumpa cengkerik. Gulai cengkerik.
Makan kari jumpa lalat. Kari lalat.



Dan kini.. paling sedap yang pernah mereka temui, resipi asli ahli-ahli Yang Dipertua DM. Nasi Katak.


Kini anda boleh nikmatinya.. mau dicoba pak?



24 wishes received:

  mohamednaqibmohamedsaad

May 31, 2010 at 9:37 PM

sedaaaaaaaaaaaaaaapnyerrrrrrrrrrr
HAHAHA

  Fay Nana (Cik Fana)

May 31, 2010 at 9:44 PM

mungkin nasi katak boleh ganti kfc lepas ni. mane tau kann? :)

  Lelord

May 31, 2010 at 10:39 PM

errkkkk :p

  Syira ITIK KEJ♥M

May 31, 2010 at 10:41 PM

bluerkkkkkk


tengok bawang dalam sambal pedas dah xde selera teringat katak...

  M a W a D D a H

May 31, 2010 at 10:42 PM

eeee...yarrrkkk...

loya jap tekak...

  ellenyna

May 31, 2010 at 10:58 PM

hhaaa.gelinya.

  ::fadxieza::

May 31, 2010 at 11:00 PM

sy pun mahu muntah bce entry ni..
uwekk2..

  MGMSabri

May 31, 2010 at 11:04 PM

wow sedapnya....
bergegar anak tekak ku membacanya...
hati2 ketika memilih mknn...

  vidadarisakura

May 31, 2010 at 11:29 PM

eyuw.teruk gilak sampai katak. sebelum ni lipas n cicak la paling teruk aku dengar.

  Mrs Infinity

May 31, 2010 at 11:30 PM

eeeeiiiiyaaaarrkkkk....loya seh

  cokelat panas

May 31, 2010 at 11:46 PM

wah..best2,,mntk satu nasi katak..hahaha

  DuniakuAbstrak

June 1, 2010 at 12:18 AM

aiseh..ade perisa tambahan lak..nasib2

  Penulis Seni

June 1, 2010 at 12:27 AM

tu la yg jdi bila peniaga & tukang masak tak jaga kebersihan...takn bnda ni jdi pelaris kot..pelingkup ada la..

  Izzlin

June 1, 2010 at 1:44 AM

nanti kite komersialkan..
sy buat labeling... muahahahaa..
xnak~~!! gile geli~

  BUJANG SUSAH

June 1, 2010 at 2:14 AM

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

  darlia

June 1, 2010 at 10:18 AM

katak kat sne sbesar batang sawi je ke smp diorang xleh nmpak..agak musykil di situ

  Naddy

June 1, 2010 at 10:49 AM

peh geli seh..

  Nur Su'aidah

June 1, 2010 at 11:13 AM

erkkkkk!! agagaga~ :D

  miEz haNeM

June 1, 2010 at 12:14 PM

hi dear!

gula2 singgah sini..tq sebab jenguk saya:)

  Syafrizal

June 1, 2010 at 12:47 PM

berhati2 membeli makanan diluar sana..
jaga kebersihan dan kehalalan makanan
Insya Allah diberkati

  +akufobia+

June 1, 2010 at 3:50 PM

bestnya.haa.makcik.kira.nasi goreng,dengan telur,dengan nudget,air sirap+kaki katak seketul.berapa RM semuanya?

  rizal jabai

June 1, 2010 at 4:20 PM

betol ke sedap??nk kna try nih..

haha

*pengsan

  aainaa

June 1, 2010 at 7:33 PM

mati terus.
hahaa

  aly

June 1, 2010 at 8:38 PM

tu rupanya resepi turun temurun sampai jadi sedap ngahahah

Related Posts with Thumbnails